Photobucket
Photobucket
Photobucket

Thursday, April 2, 2009

.. Aku tetap menunggu mu ..



Apakah Itu Cinta??
Mereka yang tidak menyukainya, menyebutny
a tanggung jawab..
Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan..
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian..
Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir..

Sesungguhnya Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita.. Kadang-kadang Ia pun melukakan hati, supaya hikmah-Nya kita boleh sedari sendiri..
Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di sebaliknya..
Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik..

Mengapa menunggu??
Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita t
idak ingin tergesa-gesa..
Kerana walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembarangan..
Kerana walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses
pencarian itu..

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu..
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu..
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu..


Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan..
Dalam memilih apa yang ada..

Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai..
Dalam memuaskan diri dengan apa yang ada..

Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat..
Kerana hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah..
kerana penantian itu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri..
Walaupun penantian itu satu penyeksaan..

Tapi fikirkanlah tentang manfaat daripadanya..
Akan tetap kita kecapi..


Perlu kau ketahui baha
wa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam..
Kota Roma tidak dibangun dalam sehari..
Kehidupan dalam rahim selama sembilan bulan..

Cinta yang agung perlu bertunas selagi hidup..

Kebanyakan hal yang indah dal
am hidup memerlukan waktu yang lama..
Dan penantian kita tidaklah sia-sia..
Percayalah bahagia itu akan menanti kita..
Ia akan tiba pada ketika waktu yang tepat untuk kita..

Walaupun menunggu merumitkan banyak hal.. Iman, keberanian, dan pengharapan..
Dalam situasi ini, di sinilah peranan iman, taqwa, amal, tawakal, sabar ikhlas bersatu..

Penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan..

Pada akhirnya..
Tuhan dalam segala hikmah-Nya, meminta kita menunggu, kerana alasan yang penting..



Aku Tetap Menunggumu..(^.^)