Photobucket
Photobucket
Photobucket

Tuesday, August 19, 2008

~Rahsia bulan kelahiran dalam bulan islam~

salam..

huhu jom share psl raksia kelahiran kte ikot bln islam plak..cm bez je blaja psiko ni..kpd mreke2 yg xtao mreke ni lhir bln pe meh cek kat http://www.islamicfinder.org/ try tao!!!!
cam ak..ak dilahirkan ms bln syaaban, 11 syaaban 1408..huhu~

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya.
Dia mempunyai keinginanyang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk.
Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiatburuk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari.
Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal

Perwatakannya baik.
Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka.
Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat.
Hatinya tidak tetap.
Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.
Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.
Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya.
Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.
lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik.
Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil.
Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik.
Hidupnya selamat dan rezekinyatidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan -.
Kelakuannya baik,berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya.
Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri.
Dia tidakangkuh kepada teman yang dikenalinya.
Dia tidak suka menonjolkan diriya.
Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras.
Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam.
Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk.
Dia banyak berfikir,kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.
Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula.
Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri.
Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.
0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya.
Diaseringkali menyesal kerana kurang - dan kurang pertimbangan.



4 comments:

~$#ef@# =)~ said...

ak dah belated besday dah..
11 shaaban besday ak tao..xda org pon wish..
huhu~

ustzh ak kte..kolo kte bc doa slmat ms besday kte ikot bln islam, kte akn dpt phale snt..
sbnrnye xelok clbrate besday ikot klendar lunar..huhu~

Kenangan Lalu said...

Me lahir 22 Rejab...
Bagusla post nie, mane dapat?

~$#ef@# =)~ said...

hehe wat research..
pi tgk web2 len..
then jumpe..
sje nk share2..
huhu~

~$#ef@# =)~ said...

hehe wat research..
pi tgk web2 len..
then jumpe..
sje nk share2..
huhu~